Alhamdulillah,semalam sempat menghadirkan diri ke perkongsian revolusi Syria oleh Syeikh Khaled Hassan Hendawi.Syeikh Khaled Hassan Hendawi merupakan pembantu khas Syeikh Yusof Al-Qardhawi.Beliau sedang dalam misi penting menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di Syria.Sebelum syeikh melawat Malaysia,beliau telah melawat Indonesia dalam melaksanakan misi yang sama.
Revolusi masih rancak di Yaman dan Syria,walaupun kedua-duanya telah menghadapi tempoh revolusi yang agak lama.Menurut syeikh,revolusi di Syria bermula di Hama,lalu merebak ke bandar-bandar lain sehingga merebak ke 157 tempat lain.
Gambaran tentang Syria pastinya tidak begitu jelas di mata dunia.Berita-berita yang digembar-gemburkan oleh pihak media merupakan berita-berita yang telah diputar belitkan faktanya.Dan inilah yang mengelirukan sebahagian besar masyarakat Indonesia.Media di Indonesia menyiarkan berita yang menunjukkan bahawa Basyar Al-Asad begitu disokong rakyatnya.Padahal Basyar Al-Asad telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya kelihatan ramai yang menyokong beliau.
Khabar berita tentang Syria menentang Israel juga tidak patut dipercayai.Ini kerana,sejak zaman ayahanda Basyar Al-Asad pun,tidak pernah ada walau satu peluru pun yang hinggap di tanah Israel.Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Syria pun dikuasai oleh Israel.
Namun apa yang cuba dilakukan oleh Basyar Al-Asad pasti menemui kegagalan.
ِِSaidina Ali r.a berkata :
" ان دولة الباطل ساعة ودولة الحق إلى قيام الساعة "
Maksudnya : " Sesungguhnya negeri yang batil itu hanya seketika, sedangkan negeri yang benar itu sehingga hari kiamat."
Syeikh melanjutkan perkongsiannya dengan menceritakan sejarah Syria.Syria mendapat kemerdekaan dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Hasilnya Syria kini menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Seterusnya Sheikh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.
Hafez al-Assad merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni yang mewakili 84 peratus dari jumlah penduduk Syria.10 peratus diwakili oleh golongan Nasrani manakala 6 peratus lagi ialah Syiah Alawiyyun.
Kerajaan Syria juga didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Angka korban terkini di Syria mencecah 8500 orang dan lebih 39000 cedera.Yang cedera dihantar ke hospital,dan sebahagian dari mereka meninggal akibat tidak sempat dirawat di hospital yang menerima begitu ramai pesakit.Jumlah mereka yang dipenjara dan disiksa pula seramai 180000 orang.
Kisah tragis berlaku juga di Doma/Buma (tak pasti),yang menyaksikan 19 orang doktor dan 40 orang pesakit dibunuh dengan kejam.
Namun bagi saya,kisah paling tragis yang diceritakan oleh syeikh adalah apa yang berlaku pada seorang wanita yang berumur 23 tahun.Nama beliau Zainab Al-Husni.Beliau telah dipaksa melakukan zina dan beliau enggan dan melawan.Lalu beliau dibunuh dan badannya dikerat 4.Kemudian daging-daging itu dimasukkan ke dalam plastik dan dicampakkan kepada keluarganya!.
Kata syeikh :
"وكيف نصبر على هذا الطاغوت الظالم؟"
"Lalu bagaimana kita harus bersabar atas taghut yang zalim ini?!"
Sebenarnya ramai di antara askar-askar yang tidak menyetujui tindakan rejim Syria membunuh rakyat,tetapi,jika mereka enggan,mereka akan dibunuh dan dipenjara.Namun ramai yang berpaling tadah dari rejim zalim Syria lalu menyertai rakyat.Jumlah mereka sekarang ialah 30000 dan jumlah mereka terus bertambah.
Syeikh Dr. Ali As-Sobuni mewakili Rabitah Ulama Syria dan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yamg mewakili Rabitah Ulama Sedunia mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang mempertahankan ahli keluarganya dan rumahnya walaupun dengan menggunakan pisau dianggap syahid.
”حديث : ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”
أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح.
Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.
Setakat ini,16 ribu rakyat Syria menjadi pelarian di Turki.Padahal sebelum ini mereka tidak pernah menjadi pelarian.
Sheikh mengakhiri perkongsian beliaudengan mengingatkan umat Islam amnya dan rakyat Malaysia khususnya,supaya sentiasa berdoa dengan ikhlas kepada rakyat Syria supaya Allah membantu mereka dan membebaskan meraka dari kezaliman para taghut durjana.
p/s :
1.harap maaf jika ada kesilapan pada fakta.
2.minta sebarkan perkongsian ini supaya lebih ramai yang tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di Syria.